2024-12-20 IDOPRESS

Majlis Penyerahan Kit Alat Tulis MTSP Parlimen Temerloh di Dewan Panglima Perang Datuk Bahaman di Temerloh
TEMERLOH,20 Disember- Lebih 300 sukarelawan daripada Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) bersiap siaga menghadapibanjir gelombang ketiga di negeri itu.
Naib Pengerusi II MTSP,Nurul Aslina Saman berkata,persediaan awal telah dilakukan untuk membantu penduduk terjejas banjir dan pascabanjir.
Menurutnya,pembahagian kawasan terutamanya lokasi tumpuan banjir telah dilakukan bagi melancarkan gerak kerja.
"Persediaan daripada MTSP sendiri bagi Parlimen Temerloh untuk menghadapi gelombang ketiga yang di jangka pada 21 hari bulan ini,insya-Allah kita nanti telah pun bersedia dengan sukarelawan yang melebihi 300 orang di setiap Parlimen,kita ada sukarelawan Majlis Tindakan Sosial Pahang bersedia",katanya.
Tambahnya,MTSP turut menyertai misi bantuan pascabanjir sukarelawan Pahang di Kelantan baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Pahang mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak untuk menjadi sukarelawan MTSP.
Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Kit Alat Tulis MTSP Parlimen Temerloh di Dewan Panglima Perang Datuk Bahaman dekat Lanchang di Temerloh,Pahang.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur