2024-12-20 IDOPRESS

Penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik,Pos Blau di Gua Musang masih bimbang menggunakan air Sungai Kelaik sebagai sumber utama kegunaan harian / Foto RTM
GUA MUSANG,20 Disember – Penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik,Pos Blau di sini masih bimbang menggunakan air Sungai Kelaik sebagai sumber utama kegunaan harian,meskipun operasi kilang lombong bijih besi di kawasan itu telah dihentikan sementara untuk siasatan.
Penduduk mendakwa,mereka mengalami masalah kulit seperti gatal dan kemerahan selepas menggunakan air sungai tersebut.
Terbaharu,empat penduduk terpaksa menerima rawatan di Hospital Gua Musang akibat keadaan itu.
Penduduk kampung,Along Uda,menyatakan kebimbangannya terhadap pencemaran yang berlaku,terutama selepas aktiviti lombong dijalankan.
"Kalau orang kerja (lombong),air jadi warna merah. Kalau celup kaki,malam tak boleh tidur sebab rasa panas dan gatal. Doktor sudah periksa,tiga orang terkena," katanya.
Seorang lagi penduduk,Masdor Uda,berkata aktiviti perlombongan telah menjejaskan hidupan sungai,termasuk ikan yang menjadi sumber makanan mereka.
"Dulu banyak ikan. Lepas ada kilang,ikan semua hilang. Sekarang,kami bergantung kepada tanaman sendiri dan beli ayam atau ikan di kedai. Air hujan pun warna kuning," ujarnya.
ADUN Galas,Mohd Syahbuddin Hashim (baju kotak) ketika melakukan tinjauan ke kawasan Sungai kelaik/ Foto RTMiCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur