2024-12-20 IDOPRESS

Top Glove bekerjasama dengan CIMB Foundation untuk melaksanakan program literasi kewangan / Foto Hiasan / Bernama
SHAH ALAM,20 Disember – Top Glove bekerjasama dengan CIMB Foundation untuk melaksanakan program literasi kewangan yang bertujuan memperkasakan kakitangan syarikat itu dalam menguruskan kesejahteraan kewangan mereka.
Program tersebut memberi fokus kepada peningkatan literasi kewangan melalui penyediaan alat dan sumber praktikal bagi membantu kakitangan membuat keputusan kewangan yang bijak.
Antara aspek utama yang diberi perhatian ialah pengurusan aliran tunai peribadi,pengurusan hutang,perancangan kewangan,perlindungan kewangan,serta pencegahan penipuan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation,Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata inisiatif tersebut selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan masyarakat.
“Program ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan kewangan kakitangan,seterusnya membantu mereka merancang masa depan yang lebih terjamin,” katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya,inisiatif ini akan diperluaskan kepada lebih banyak syarikat di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai pekerja mendapat manfaat daripada program kesejahteraan kewangan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur