2024-12-23 HaiPress

Foto BERNAMA
BAYAN LEPAS,23 Disember- Dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Kerachut,Kuala Sungai Pinang akhirnya selamat tiba di Jeti Batu Maung,Pulau Pinang pada pukul 3.00 pagi tadi,selepas melalui detik-detik mencemaskan selama enam hari hanyut di laut.
Muhammad Ikmal Hakimi Ismail,22 dan Nor Hasrul Abdullah,25,diselamatkan oleh nelayan Acheh,Indonesia sebelum dibawa pulang ke tanah air dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ketua Polis Daerah Barat Daya,ACP Sazalee Adam mengesahkan kedua-dua mangsa dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.
"Usaha membawa mereka pulang ke Malaysia telah berjaya dengan kerjasama pelbagai pihak. Alhamdulillah,kedua-dua mangsa kini dalam keadaan selamat," kata Sazalee Adam.
Sementara itu,Muhammad Ikmal berkongsi pengalaman getir mereka sepanjang hanyut di laut,termasuk usaha meminta bantuan daripada kapal-kapal yang melalui kawasan itu.
Bagaimanapun,ada kru kapal yang tersalah anggap dan cuba menyerang mereka kerana disangka perompak.
"Kami cuba berenang ke arah bot untuk minta tolong,tapi mereka cuba pukul dengan kayu. Kami terpaksa patah balik dan berdoa untuk selamat," katanya.
Ketiadaan makanan turut menjadi cabaran besar,memaksa mereka memakan ikan mentah demi kelangsungan hidup.
Akhirnya,usaha mereka meminta bantuan mendapat perhatian sebuah kapal yang seterusnya membawa mereka ke Acheh sebelum dibantu pulang oleh Maritim Malaysia.
Usaha menyelamat melibatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Maritim Malaysia dan nelayan dari Kedah,Perak,Thailand,serta Indonesia.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur