2024-12-23 HaiPress

FOTO FAIL
ARAU,23 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis telah menggerakkan 38 pegawai dan anggota penguat kuasa bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi strategik seperti pasar awam,pasar basah,pasar tani,pasaraya serta di peringkat pemborongan dan peruncitan seluruh negeri itu.
Ini susulan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas yang berkuatkuasa mulai hari ini hingga 27 Disember.
Menurut Pengarah KPDN Negeri Perlis Rohaida Hassan,SHMMP Krismas melibatkan keseluruhan 14 jenis barangan yang akan dikawal bawah skim harga ini,antaranya tomato,lobak merah,lada benggala hijau,cili merah dan bawang merah besar import.
"Kita harapkan semua peniaga-peniaga akan patuh dengan harga maksimum yang kita tetapkan dan menggunakan label merah jambu sepertimana yang kita tengok waktu tinjauan mesra kepada barangan yang kita kawal. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," kata Rohaida.
Beliau bercakap dalam sesi Walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasaraya di Arau bagi meninjau keberadaan bekalan barangan keperluan disamping melihat aspek pematuhan peniaga.
Skim harga maksimum itu sebagai langkah KPDN menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran iaitu sebelum,semasa dan selepas perayaan Krismas.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur