2024-12-23 HaiPress

Norena Jaafar
PERINGGIT,23 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merekodkan 12 kes tuntutan melibatkan kontraktor rumah setakat 23 Disember.
Pengarah KPDN Melaka,Norena Jaafar berkata,daripada jumlah kes diterima melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membabitkan jumlah tuntutan sebanyak RM237,794.
Setakat ini,daripada jumlah itu sembilan kes berjaya diselesaikan.
"Kemudian paling banyak pembinaan rumah ialah mereka lebih memilih untuk mengambil kontraktor yang tidak berdaftar dan tiada perjanjian.
"Mereka leih memilih untuk mencari menerusi facebook atau sekadar mengenali tukang rumah. Kadang-kadang melibatkan amaun lebih dari RM30,000 tetapi di tribunal had kita adalah setakat RM50,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 Peringkat Melaka disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan,Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin,di sebuah pasar raya di sini.
Setakat 20 Disember lalu,KPDN Melaka merekodkan sebanyak 343 kes atas pelbagai kesalahan membawa kepada nilai rampasan berjumlah lebih RM775,000.
Manakala,nilai kompaun sebanyak RM248,300 dan jumlah aduan diterima sebanyak 1,639 aduan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur