2024-12-23 HaiPress

Mohamad Kamarol Mat Nor
IPOH,23 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menggerakkan 197 penguat kuasa dan 74 Pegawai Pemantau Harga bagi melakukan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.
Timbalan pengarah KPDN Perak Mohamad Kamarol Mat Nor berkata,kesemua mereka ditempatkan di lokasi strategik seperti pasar awam,pasar tani dan pusat beli-belah.
"Untuk kesalahan kita akan ambil bawah Akta 2011,kalau ikutkan denda individu untuk kesalahan harga maksimum boleh dikenakan denda oleh mahkamah hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau kompaun hingga RM50,000.
"...untuk syarikat boleh didenda hingga RM500,000 atau didenda hingga RM250,000," katanya.
Beliau ditemui pada sidang media sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024,di sini.
Bagi peniaga yang dikesan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula boleh dikenakan denda hingga RM10,000 atau kompaun hingga RM5,000 bagi individu; manakala denda RM20,000 atau kompaun hingga RM10,000 bagi syarikat.
Bagaimanapun orang ramai diminta menyalurkan aduan melalui portal e-aduan@kpdn atau aplikasi Ez Adu KPDN sekiranya mengesan peniaga yang gagal mematuhi undang-undang ditetapkan.
SHMMP Krismas 2024 berkuatkuasa selama lima hari bermula hari ini hingga 27 Disember depan.
Sembilan jenis barangan ditetapkan harga maksimum antaranya bawang besar merah,lobak merah dan kubis bulat import.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur