2024-12-23 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,20 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai sistem konvensional menokok kepada RM33.32 bilion daripada RM30.05 bilion pada sesi pagi,manakala mudah tunai dana Islam merosot kepada RM24.70 bilion daripada RM24.95 bilion sebelumnya.
Awal hari ini,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik,tender repo berbalik semalaman dan dua tender repo berbalik Islam.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM33.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.60 bilion,masing-masing dengan tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 19 Disember.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur