2024-12-23 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,23 Disember - Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin,disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) pada Jumaat lepas,menurut ahli ekonomi.
Setakat 8 pagi,ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS,naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY merosot kepada 107.621 mata selepas melebihi 108 mata pada Jumaat lepas.
“Inflasi PCE pada November yang lebih rendah daripada jangkaan,yang susut kepada 2.4 peratus digabungkan dengan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS),mendorong peniaga untuk mengambil keuntungan daripada dolar AS.
“Berdasarkan ini,ringgit boleh mencatat prestasi yang baik berbanding dolar AS hari ini berikutan jualan pada minggu lepas yang agak berlebihan,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,ringgit rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8749/8809 daripada 2.8747/8779 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding pound kepada 5.6578/6691 daripada 5.6328/6384. Ia turut susut berbanding euro,diniagakan pada 4.6959/7053 daripada 4.6776/6823 sebelum ini.
Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3201/3277 daripada 3.3146/3181 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1199/1617 daripada 13.0670/0861.
Sebaliknya,ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.1 daripada 277.7/278.1 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.66/7.67. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur