2024-12-23 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,22 Disember – Langkah interim yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pemegang polisi insurans dan takaful dijangka mampu membantu rakyat mengurus kos penjagaan kesihatan dengan lebih baik.
Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan,Profesor Emeritus Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berpandangan kawalan terhadap kadar premium memberi masa kepada kerajaan untuk merangka penyelesaian jangka panjang.
“Penggubalan undang-undang juga perlu diubah bagi membolehkan kaedah pengiraan risiko dalam menentukan premium oleh industri insurans dan takaful ditukar daripada risk rating kepada community rating.
“Jika kita menggunakan kaedah community rating,seperti amalan terbaik di negara-negara Eropah dan negara maju lain,kadar premium mungkin dapat dikawal kepada kurang daripada lima peratus,” katanya kepada RTM.
Beliau juga mencadangkan pemberian insentif kepada hospital untuk melaksanakan kaedah pembayaran Diagnosis Related Group (DRG),yang dijangka meningkatkan pemantauan kos dan ketelusan caj kepada pesakit.
Sebelum ini,BNM mengumumkan beberapa langkah interim untuk mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans,sejajar dengan usaha memperbaiki sistem penjagaan kesihatan negara.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur