2024-12-23 IDOPRESS

2: Sekitar program ASEM Campus Connect (ACC) - Next-Gen Talent: The Semiconductor Career Roadshow anjuran Jabatan Fizik,Fakulti Sains,UPM.
KUALA LUMPUR,23 Disember- Universiti Putra Malaysia (UPM),melalui Jabatan Fizik,menganjurkan ASEM Campus Connect (ACC) - Next-Gen Talent: The Semiconductor Career Roadshow untuk mempersiapkan pelajar menghadapi dunia digital serta menjalin hubungan bersama industri.
Program diadakan untuk mendedahkan pelajar kepada industri semikonduktor dengan menyediakan peluang latihan industri untuk membina kerjaya masa depan serta memahami keperluan pasaran kerja yang menggunakan teknologi terkini.
Pengarah Program,Dr. Tan Sin Tee berkata,matlamat utama program tersebut adalah untuk membantu pelajar memahami pelbagai peluang latihan industri dan pekerjaan dalam industri semikonduktor,terutamanya dalam teknologi AI.
“Pelajar dapat membuat keputusan yang bijak mengenai pemilihan kerjaya kerana program ini selari dengan penyesuaian kurikulum seperti teori semikonduktor serta melahirkan
graduan yang berkemahiran tinggi dalam menyokong pembangunan ekonomi digital negara,” katanya.
Sementara itu,Pengarah Teknikal Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC),Ts. Dr. Lee Hing Wah berkata,rantaian bekalan semikonduktor global bukan sahaja memberikan sumbangan kepada ekonomi negara,tetapi membuka peluang besar bagi pelajar untuk menceburi industri teknologi tinggi.
“Pada pandangan saya,industri semikonduktor banyak berkait rapat dengan transformasi digital seperti loT dan kecerdasan buatan (Al) yang semuanya memerlukan pelajar dengan kemahiran terkini,” ujarnya.
Dalam pada itu,program tersbut mendapat kerjasama SDS AI Lab Sdn. Bhd. dan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) telah disertai seramai 200 orang pelajar bagi meneroka pelbagai peluang kerjaya dalam bidang yang semakin kritikal untuk teknologi masa depan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur