2024-12-23 IDOPRESS

Foto RTM
KUCHING,23 Disember- Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus komited dalam meningkatkan kualiti hidup warga kota melalui pelaksanaan Projek Bandar Selamat 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri Satok,Datuk Ibrahim Baki berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat.
Menurut Ibrahim,tujuan utama program itu adalah untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar sambil meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.
Antara tiga elemen dibawah program ini yang telah dilaksanakan ialah pengasingan laluan pejalan kaki di Jalan Nenas,pemasangan bollards di Taman Komuniti Happy Garden dan papan tanda peringatan jenayah berserta dengan talian kecemasan.
Selain itu terdapat projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan iaitu naik taraf sistem perparitan Jalan Nenas Barat Kampung Kudei Lama dijangka siap Januari tahun depan.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan tapak projek Bandar Selamat di Satok Kuching hari ini.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011,program ini telah memberikan tumpuan kepada aspek persekitaran,sosial,dan keselamatan di kawasan sasaran.
Menerusi peruntukkan lebih RM331,000 daripada Kementerian Dalam Negeri,kawasan di sekitar Jalan Nanas,termasuk Jalan Rubber Barat,Jalan Nanas Barat,Jalan Intan,Eastern Park,Evergreen Garden,Lorong Intan Tengah,dan Jalan Green telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur