2024-12-23 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 Disember- Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih rendah pada Jumaat,diheret turun oleh tekanan jualan ketara dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman pasaran ekuiti global yang hambar,kata penganalisis.
Pada 5 petang,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.54 peratus atau 8.68 mata ke paras intra harian terendah pada 1,591.41 daripada 1,600.09,semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.32 mata kepada 1,600.41 dan bergerak ke paras intra harian tertinggi pada 1,606.28 sebelum turun ke paras 1,591.41 pada lewat petang.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 541 berbanding 464 manakala 498 kaunter lain tidak berubah,970 tidak diniagakan dan 58 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 3.38 bilion unit bernilai RM3.76 bilion berbanding 3.20 bilion unit bernilai RM3.03 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur kekal berwaspada dalam mengikuti rapat pengumuman data perbelanjaan peribadi AS bagi November dan seiring usaha mendapatkan lebih banyak petunjuk berkaitan pengurangan kadar faedah AS.
Pasaran Asia secara meluas mengakhiri dagangan hari ini dalam wilayah negatif,dijejaskan oleh petunjuk pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah,sekali gus menjejaskan minat terhadap aset lebih berisiko.
Pada masa sama,bank pusat China mengekalkan kadar pinjaman utamanya pada kadar setahun 3.1 peratus manakala kadar lima tahun pada 3.6 peratus.
Di peringkat domestik,beliau berkata FBM KLCI kekal dalam fasa konsolidasi dengan sentimen berhati-hati kian ketara di tengah-tengah ketidaktentuan global.
“Kami menjangkakan indeks petunjuk utama itu melangkaui paras rintangan pada 1,620 dan kekal pada paras itu bagi mendapatkan momentum memberangsangkan,” kata Thong kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare turun 10.0 sen masing-masing pada RM9.96 dan RM7.03,CIMB susut 9.0 sen kepada RM7.95,Petronas Dagangan merosot 84 sen kepada RM19.02 manakala CelcomDigi menguncup 7.0 sen kepada RM3.54.
Bagi kaunter paling aktif,Zen Tech tidak berubah pada 1.0 sen,YTL Corporation menokok 3.0 sen kepada RM2.58,YTL Power International menambah 6.0 sen kepada RM4.14,TWL susut setengah sen kepada 2.5 sen,JCY naik 1.0 sen kepada 52 sen dan Sarawak Cable meraih 2.5 sen kepada 14.0 sen.
Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas Shariah turun 41.95 mata kepada 12,221.81,Indeks FBM Emas merosot 54.04 mata kepada 12,222.94 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 56.53 mata kepada 11,908.60.
Indeks FBM 70 merosot 56.60 mata kepada 18,377.47 namun Indeks FBM ACE meningkat 12.25 mata kepada 5,268.65.
Mengikut sektor,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.64 mata kepada 170.26,Indeks Perladangan menguncup 88.84 mata kepada 7,497.27,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 137.18 mata kepada 18,703.35 dan Indeks Tenaga kehilangan 6.95 mata kepada 804.11.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.75 bilion unit bernilai RM3.56 bilion berbanding 1.70 bilion unit bernilai RM2.77 bilion pada Khamis.
Perolehan waran berkurangan kepada 922.88 juta unit bernilai RM89.47 juta daripada 1.06 bilion unit bernilai RM103.11 juta semalam.
Di Pasaran ACE,jumlah dagangan meningkat kepada 720.12 juta unit bernilai RM114.69 juta berbanding 441.94 juta unit bernilai RM161.02 juta sebelum ini.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 200.71 saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (284.27 juta),pembinaan (100.73 juta),teknologi (250.12 juta),SPAC (sifar),perkhidmatan kewangan (124.34 juta),hartanah (235.46 juta),perladangan (31.88 juta),REIT (18.09 juta),dana tertutup (74,900),tenaga (87.87 juta),penjagaan kesihatan (114.36 juta),telekomunikasi dan media (33.06 juta),pengangkutan dan logistik (50.15 juta),utiliti (222.82 juta) dan amanah perniagaan (399,200).- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur