2024-12-23 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,23 Disember- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin,disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas,kata penganalisis.
Pada pukul 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.13 mata kepada 1,594.54 daripada 1,591.41 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dengan naik 2.69 mata kepada 1,594.10.
Suasana pasaran positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 167 berbanding 149. Sementara itu,264 kaunter kekal tidak berubah,1,853 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 164.69 juta unit bernilai RM57.31 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti Amerika Syarikat (AS) meningkat semula pada Jumaat lepas,disokong oleh indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi yang terkawal.
Beliau berkata sentimen turut meningkat selepas kerajaan AS berjaya mengelak penutupan melalui kelulusan rang undang-undang perbelanjaan sementara selama tiga bulan oleh Senat.
Di peringkat domestik,Thong berkata FBM KLCI ditutup rendah minggu lepas pada paras 1,590 berikutan jualan asing yang berterusan.
“Indeks utama dijangka mencatatkan pemulihan hari ini,sejajar dengan prospek Wall Street yang lebih cerah pada Jumaat lepas.
“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,595-1,605,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank dan CIMB,masing-masing meningkat dua sen kepada RM9.98 dan RM7.97,Public Bank menambah satu sen kepada RM4.47,Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM14.00 manakala IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM7.01.
Bagi saham aktif,Key Alliance dan Velesto,masing-masing berkurangan setengah sen kepada 0.5 sen dan 14.5 sen.
Borneo Oil dan TWL,masing-masing menambah setengah sen kepada satu sen dan tiga sen manakala Aneka Jaringan susut satu sen kepada 16 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas Shariah naik 11.45 mata kepada 12,233.26,Indeks FBMT 100 menambah 21.04 mata kepada 11,929.64 dan Indeks FBM Emas meningkat 19.96 mata kepada 12,242.90.
Indeks FBM 70 menambah 23.76 mata kepada 18,401.23 dan Indeks FBM ACE naik 2.66 mata kepada 5,271.31.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 24.27 mata kepada 18,727.62,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.38 mata kepada 170.64 dan Indeks Tenaga meningkat 2.19 mata kepada 806.30.
Sementara itu,Indeks Perladangan merosot 3.37 mata kepada 7,293.90.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur