2024-12-25 HaiPress

Ketua Setiausaha,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),Datuk Ruji Ubi
KUALA LUMPUR,24 Disember- Sebanyak 1,076 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan setakat 18 Disember lalu.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 728 projek telah siap,manakala 185 projek lagi dalam pembinaan dan bakinya 163 projek lagi dalam peringkat prabina.
Ketua Setiausaha,Datuk Ruji Ubi berkata tempoh pembinaan bagi projek berkenaan adalah antara 6 hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.
"Sudah tentu daripada kriteria skala 1 hingga 7 kita menumpukan sekolah-sekolah yang bertaraf berskala 6 dan 7 dan kita telah mengenal pasti 122 sekolah di seluruh negara.
"Sebahagian besarnya di Sabah dan Sarawak,lebih kurang 50 sekolah di Sabah dan lebih 30 di Sarawak dan selebihnya di semananjung," katanya.
Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri.
Tambah beliau,KPM juga komited menyelesaikan isu berkaitan penyelenggaraan infrastruktur sekolah terutama sekolah yang berada di skala 3,4 dan 5 supaya tidak termasuk dalam kategori sekolah daif.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur