2024-12-25 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
RAUB,25 Disember- Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail,berkata insentif diagih tanpa mengira kaum termasuk masyarakat orang asli.
"Ya,pelapis dan mereka ini adalah aset pada negeri. Kita kita harus pupuk mereka,beri semangat,harus hargai mereka,kita tidak pinggir mana-mana pihak,mana-mana kaum termasuklah orang asli. Tadi boleh lihat... melayu ada,cina ada,orang asli ada,india ada,semua orang kita bagi",katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 Negeri Pahang di Universiti Teknologi MARA Cawangan Raub,Pahang.
Pada majlis itu seramai 704 pelajar iaitu 578 orang pelajar SPM yang memperoleh semua A dan 106 orang pelajar STPM yang mendapat PNGK (purata nilai gred kumulatif) 4.0 serta 20 orang pelajar STAM yang mencapai Mumtaz Suffi pada peperiksaan 2023.
Kesemua pelajar tersebut menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.
Sementara itu,penerima yang ditemui sangat gembira dan menghargai insentif yang diberikan.
"Cadangan untuk buat simpanan,sangat gembira dan terima kasih kepada Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang kerana memberi insentif ini kepada pelajar-pelajar cemerlang kami amat hargai",kata penerima Nurul Jannah Khaliluddin.
"Mungkin saya nak jadi seorang guru Geografi dan terima kasih kepada kerajaan negeri sebab beri insentif ini kepada semua pelajar cemerlang",kata penerima Jasli a/p Jusof.
Turut menerima penghargaan adalah 53 buah sekolah yang telah membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan awam serta menyumbang kepada kejayaan Negeri Pahang di peringkat nasional.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur