2024-12-25 HaiPress

Dekorasi Hari Natal beri ketenangan dan senyuman pada tetamu
SUBANG JAYA,25 Disember- Sambutan Hari Natal pastinya meriah dengan dekorasi pelbagai yang menghiasi ruang di dalam dan luar rumah.
Bagi Elaine Moissinac 54 tahun,dan Julian Leicester 63 tahun,setiap tahun mereka akan memastikan untuk memberikan yang terbaik dalam menghias dekorasi Hari Natal."
Bukan sahaja dekorasi pokok Krismas dan lampu berwarna-warni,malah barangan yang dibeli semasa 'travel' juga digunakan sebagai hiasan untuk sambutan perayaan tersebut.
"Saya suka untuk membuat sesuatu yang seperti yang anda tahu,saya beli barang seperti wayang kuit,bubu untuk dekorasi Krismas saya.
"Selain itu,saya ingin memberikan perasaan lebih kepada rumah yang selesa dan cuba mencampurkan segala-galanya,supaya ia menjadi lebih mesra dan nyaman," katanya",kepada semasa ditemui RTM.
Keunikan dekorasi yang menggabungkan pelbagai warna dan barangan ini menyerlahkan kemeriahan Hari Natal serta memberi keterujaan kepada tetamu yang hadir.
Menurut Julian,beliau ingin mengimbau memori semasa zaman kanak-kanak.
"Tahun ini saya buat persiapan ikut cara masa saya kecil,waktu kecil bila papa saya kerja dengan kerajaan dan kami tinggal di kuarters kerajaan,jadi lagi meriah. Eh,anda tahu,pada masa itu rumah terbuka Malaysia selalu,semua orang datang,tak tahu siapa pun datang.
"Saya akan bantu ibu buat kuih,dia suruh buat semua. Jadi,kami belajar semua itu... Jadi,tahun ini,saya beritahu Elaine yang saya nak kembalikan semula perasaan itu,dia buat perkara yang sama lagi," katanya.
Julian turut membuat biskut sendiri dengan hanya belajar resipi melalui laman sosial.
Hari Natal sememangya adalah hari yang meriah dan penuh dengan memori. Walaupun,mereka hanya tinggal berdua,dekorasi mencipta suasana tenang dan selesa kepada tetamu yang datang.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur