2024-12-25 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Disember- Orang ramai diingatkan supaya lebih peka dan tidak hanya menganggap aktiviti luar sebagai satu bentuk hiburan semata-mata tanpa mengambil kira aspek keselamatan,terutama ketika musim cuti persekolahan ini.
Ketua Kluster Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Dr. Mohd Hariri Arifin berkata pihak berkuasa telah menyediakan garis panduan yang boleh diakses melalui Jabatan Kerja Raya,Jabatan Mineral dan Geosains,serta pelbagai persatuan geologi.
“Garis panduan ini ada,dan turut melibatkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Namun,kadangkala maklumat ini tidak sampai kepada orang awam. Dengan teknologi yang ada hari ini,maklumat tersebut berada di hujung jari.
"Pihak persatuan,lembaga,dan institut juga terus berusaha menyediakan pelbagai maklumat di pelbagai platform untuk menyampaikan maklumat ini kepada masyarakat," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.
Tambah beliau,keadaan cuaca yang tidak menentu kini meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh.
Beliau turut menasihatkan pendaki dan pengunjung agar sentiasa berhati-hati,terutamanya apabila terlihat tanda-tanda seperti keretakan di cerun atau jalan raya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur