2024-12-25 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,23 Disember - Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah membantu ringgit mengakhiri penurunan berterusan terhadap dolar AS.
Pada 6 petang,mata wang tempatan meningkat kepada 4.4870/4925 berbanding dolar AS daripada 4.5055/5100 semasa ditutup Jumaat lepas.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mendapat sokongan daripada kenaikan harga gas asli dan minyak,yang pada akhirnya membolehkan ringgit ditutup lebih tinggi hari ini.
Menurutnya ringgit lazimnya lebih kukuh apabila harga minyak mentah meningkat.
Mata wang tempatan menyusut selama dua minggu berbanding dolar AS sebelum mencatat prestasi lebih tinggi hari ini.
"Ringgit memulakan dagangan hari ini dengan positif,didorong oleh data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang lebih rendah berbanding jangkaan pada Jumaat,menyebabkan hasil bon AS 10 tahun merosot.
“Bagaimanapun,pada akhir dagangan hari ini,dolar AS kembali mengukuh sedikit,dipengaruhi oleh ancaman tarif AS yang berterusan," kata Innes kepada Bernama.
Inflasi di AS,yang diukur menerusi Indeks Harga PCE,meningkat 2.4 peratus pada asas tahunan pada November,lebih rendah daripada unjuran peningkatan 2.5 peratus.
Innes berkata ringgit yang ditutup lebih tinggi turut menunjukkan perbezaan daripada dagangan dolar AS dan yuan luar pesisir yang ditutup rendah.
Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6384/6453 daripada 5.6328/6384 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6692/6749 daripada 4.6776/6823 pada Jumaat dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8636/8673 daripada 2.8747/8779.
Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3095/3138 daripada 3.3146/3181 tetapi rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1137/1360 daripada 13.0670/0861.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 276.9/277.5 daripada 277.7/278.1 dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.68 daripada 7.66/7.67.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur