2024-12-25 HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,24 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM37.08 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.84 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 90 hari.
BNM akan turut menjalankan satu tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2.0 bilion untuk dua hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.6 bilion dan RM24.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur