2024-12-25 HaiPress

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB,Azharuddin Nordin
KUALA LUMPUR,24 Disember - Trend positif pasaran ekuiti antara faktor penting,menyumbang kepada agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) lebih baik dan tertinggi sejak tahun 2018.
Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB Azharuddin Nordin berkata,ini memandangkan sebahagian besar daripada kelas aset pelaburan ASB tertumpu kepada pasaran ekuiti.
Jelasnya,kadar dividen untuk tahun hadapan akan turut ditentukan faktor sama,selain dividen daripada syarikat tersenarai.
"Khususnya syarikat seperti Maybank,Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sime Darby Plantation Bhd,ini adalah contoh syarikat besar yang dimiliki oleh ASB dan jika syarikat ini dapat meningkatkan dividen mereka kepada ASB sudah tentu dapat mengekalkan pembayaran dividen sekurang-kurgnya sama dengan tahun ini," kata Azharuddin.
Sementara itu,Permodalan Nasional Bhd (PNB) memaklumkan sebanyak 77 peratus daripada aset kumpulan dilaburkan dalam pasaran domestik,manakala 23 peratus dalam pasaran global.
Daripada 77 peratus sebanyak 60 peratus adalah pelaburan dalam pasaran ekuiti awam domestik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur