2024-12-25 IDOPRESS

Foto RTM
PADANG TERAP,24 Disember-Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan bercadang untuk membangunkan kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Naka di Padang Terap sebagai sebuah Projek Halal Park.
Ia bertujuan memperkasakan pembangunan ekonomi luar bandar.
Pengurus Besar KEDA,Ismasuhaimi Shariff berkata,kawasan berkenaan mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat pemprosesan dan pengeluaran produk halal.
Ia sejajar dengan permintaan tinggi dalam industri tersebut.
Beliau berkata,Projek Halal Park di IKS Naka diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan serta membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa melalui penghasilan produk halal berkualiti tinggi.
Katanya,KEDA akan terus menyokong pembangunan luar bandar dan memanfaatkan potensi IKS di kawasan itu bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Padang Terap.
Ismasuhaimi berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke tapak IKS Naka di Pekan Naka,Padang Terap.
Lawatan yang turut disertai Pengurus Hartanah dan Prasarana KEDA,Mohd Elias Hassan,dan Pengurus Pembangunan Usahawan KEDA,Rojani Romeli itu bagi membincangkan strategi untuk merealisasikan projek berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur