2024-12-25 IDOPRESS

FOTO FAIL
PUTRAJAYA,24 Disember - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai perunding bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata,pihaknya sebelum ini pernah mengesan kes individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mendakwa diri sebagai orang tengah yang boleh membantu mendapatkan sijil halal JAKIM secara lebih mudah dengan sejumlah bayaran.
Jelasnya,perkara itu berlaku kerana masyarakat mempunyai persepsi bahawa proses permohonan halal rumit,mahal dan memakan masa untuk diperoleh,namun keadaan adalah sebaliknya.
"Ada perunding yang dibayar tiap-tiap bulan,itu perjanjian antara syarikat dengan perunding,tiada melibatkan JAKIM,kita dah buat pekeliling pemakluman kepada semua syarikat pemohon bahawa JAKIM tidak mengiktiraf sebarang ejen untuk berurusan dengan JAKIM,kita hanya berurusan dengan syarikat pemohon," kata Dr. Sirajuddin.
Beliau berkata demikian menerusi rancangan podcast,JAKIM Untuk Ummah (JUM) Podcast yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial JAKIM.
Tambah beliau,bagi melancarkan proses pengeluaran sijil halal,pemohon harus bersedia untuk memenuhi semua keperluan yang disyaratkan dengan kos yang dikenakan hanya RM100 setahun.
Malah,hampir 98 peratus permohonan telah selesai dalam tempoh kurang 30 hari berbanding 60 hari sebelum ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur