2024-12-25 IDOPRESS

Exco Kesihatan,Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka,Datuk Ngwe Hee Sem/Foto RTM
PERINGGIT,25 Disember- Anak mangsa nahas lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Isnin lalu,Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan,4 tahun,selamat menjalani pembedahan pada bahagian pahanya,pagi tadi.
Exco Kesihatan,Datuk Ngwe Hee Sem berkata,abangnya,Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan,7 tahun pula dijangka menjalani pembedahan,petang ini.
Sementara,pemandu lori treler,Mohamad Syafiq Mohd Zuki,27 tahun yang turut cedera dalam kemalangan itu masih dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Keadaannya dilaporkan stabil dan mangsa juga akan menjalani pembedahan hari ini.
"Dia (Uwais Al-Qarni) pun mengalami kecederaan di bahagian kaki,tulangnya pecah. Jadi,dia akan jalani pembedahan pada petang ini.
Sementara itu,pemandu lori pula dalam keadaan tidak stabil sekarang ini. Pihak hospital akan tunggu dulu untuk pesakit stabil,baru laksanakan pembedahan juga," kata Datuk Ngwe kepada pemberita,hari ini.
Setakat ini,empat mangsa nahas masih dirawat di Hospital Melaka.
Seorang daripadanya merupakan penumpang bas warga Singapura.
Di Hospital Alor Gajah dan Hospital Pantai,Ayer Keroh,kesemua 10 mangsa dan 4 rakyat Singapura yang dirawat telah dibenarkan keluar.
Hanya jenazah penumpang bas warga Singapura yang masih belum dituntut.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur