2024-12-25 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,24 Disember- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS pagi ini,disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lebih kukuh.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.4860/4960 berbanding dolar US daripada 4.4870/4925 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors,Mohd Sedek Jantan berkata DXY meningkat 0.45 peratus semalaman,melepasi 108 dan menghampiri paras tertinggi bagi tempoh dua tahun.
"Ini berlaku selepas pasaran terus mencerna mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu lepas,menandakan kadar penurunan kadar faedah yang lebih terukur pada 2025," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar Asia dibuka lebih tinggi,bagaimanapun Indeks Mata Wang Pasaran Baru Muncul MSCI susut 0.1 peratus,diseret turun oleh kemerosotan dalam mata wang sebenar Brazil dan rand Afrika Selatan.
Dalam pada itu,ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8537/8602 daripada 2.8636/8673 ketika ditutup pada Isnin,melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6219/6344 daripada 5.6384/6453 dan naik berbanding euro kepada 4.6668/6772 daripada 4.6692/6749.
Berbanding mata wang ASEAN lain,ringgit diniagakan bercampur-campur.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3051/3127 daripada 3.3095/3138 sebelumnya dan meningkat berbandingf baht Thailand kepada 13.0772/1186 daripada 13.1137/1360.
Bagaimanapun,ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 276.9/277.7 daripada 276.9/277.5 dan peso Filipina pada 7.67/7.69 daripada 7.67/7.68.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur