2024-12-27 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,26 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.04 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.76 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari,tender bernilai RM2 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 90 hari.
BNM akan turut menjalankan satu tender repo berbalik Islam bernilai RM400 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.0 bilion dan RM21.2 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur