2024-12-27 IDOPRESS

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi,Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad
KUALA LUMPUR,25 Disember- Agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen seunit bagi 2024,mencerminkan pengukuhan ekonomi negara yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi,Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad,peningkatan hampir 9.5 peratus itu didorong faktor dalaman dan luaran ekonomi semasa.
Antaranya,prestasi memberangsangkan pasaran ekuiti Malaysia yang merekodkan peningkatan indeks hampir 11 peratus.
"Faktor dalaman kedua yang boleh kita lihat dalam aspek ini adalah dimana kemampuan dan kebolehan Kerajaan Madani dalam membawa masuk pelaburan asing dan juga pelaburan dalam negara yang merekodkan jumlah RM254 bilion bagi tempoh tahun 2024.
Yang paling menarik bagi tahun ini adalah kemampuan dan kebolehan pelaburan dalam negara mengatasi pelaburan asing," kata Dr. Bashir kepada pemberita RTM secara eksklusif dalam temu bual maya,hari ini.
Ini jelas menunjukkan kemampuan struktur asas ekonomi domestik negara yang berkembang pesat dan stabil.
Selain itu,dasar monetari dan fiskal yang konsisten bagi tempoh dua tahun seperti pengekalan Kadar Dasar Semalaman selama 18 bulan berturut-turut,menambahkan keyakinan para pelabur untuk terus melabur ke dalam negara.
Pengukuhan ringgit juga memberi kelebihan kepada syarikat tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan melabur di luar negara,seterusnya mendorong perolehan dividen lebih baik dan menyumbang kepada kenaikan dividen ASB.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur