2024-12-27 IDOPRESS

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Disember- Anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional (Proton),PRO-NET mengumumkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia,Proton e.MAS 7 telah menerima lebih daripada 2,500 tempahan.
Pencapaian tersebut mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap model ini.
Dalam satu kenyataan,Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET,Zhang Qiang berkata,dengan gabungan ciri inovatif dan nilai luar biasa,Proton e.MAS 7 direka untuk menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin beralih ke kenderaan EV.
Ia merupakan satu langkah besar ke hadapan,bukan sahaja untuk PROTON tetapi juga untuk masa depan automotif hijau negara.
Kenderaan tersebut hadir dengan dua varian iaitu Prime dan Premium,yang dilengkapi bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22kWh dengan jarak WLTP sehingga 410km.
Proton e.MAS 7 turut menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan DC sehingga 100kW.
Harga Proton e.MAS 7 adalah RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur