2024-12-29 HaiPress

Gambar hiasan
KOTA KINABALU,28 Disember – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negeri Sabah akan memohon pengiktirafan bagi Sabah sebagai Kota Sastera oleh Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),menjadikan ia kota ke-60 di dunia yang mendapat status itu.
Exco Agama dan Pendidikan Sabah,Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata,Sabah telah memenuhi prasyarat yang ditetapkan,termasuk pembangunan ekonomi,sosial dan kebudayaan yang berlandaskan aktiviti kesusasteraan.
"Antaranya kita sudah ada perpustakaan,universiti,serta pelbagai kegiatan sastera. Kini kita hanya perlu menyelaraskan usaha-usaha ini. Mudah-mudahan,permohonan ini mendapat kelulusan dan akan menyumbang kepada pelancongan sastera,ilmu,serta budaya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Persatuan Karyawan Sastera Utara di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu,beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada setiap persatuan penulis yang aktif dan berdaftar di Sabah mulai tahun hadapan.
Peruntukan tersebut bertujuan membolehkan persatuan berkenaan melaksanakan aktiviti kesusasteraan dan menerbitkan karya seperti puisi,antologi cerpen,dan lain-lain yang berunsur sastera.
Majlis makan malam itu turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah,antaranya Anugerah Tokoh Sastera Utara Sabah,Tokoh Karyawan Sastera Utara (KSU),Tokoh Penyair Islam Utara Sabah,serta Tokoh Pelopor Karyawan Sastera Utara Sabah.
Selain itu,turut disampaikan ialah Anugerah Penyair Utara,Penggerak KSU,dan Sijil Penghargaan Penyair Utara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur