2024-12-29 HaiPress

Bangunan Jabatan Peguam Negara/Bernama
KUALA LUMPUR,28 Disember- Semua permohonan pengampunan bagi kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya termasuk permohonan tahanan di rumah hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar perkara tersebut dimaklumkankepada Lembaga Pengampunan.
Selain itu,permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan mengikut tatacara dan saluran yang ditetapkan oleh undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa dan bukan melalui saluran lain.
"Oleh itu,sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan mana-mana banduan termasuk (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumah,permohonan berkenaan perkara itu hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong," menurut kenyataan itu.
AGC memaklumkan berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan,Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.
Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan antara lain bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit,menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
"Dalam hal ini,keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang," menurut kenyataan itu.
BERITA BERKAITAN
Mahkamah tolak permohonan Najib cabar kewujudan Titah Adendum
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung Titah Adendum pengampunan Najib
Titah Adendum kes Najib bidang kuasa Agong,Lembaga Pengampunan - PM
Najib kekal dipenjara,gagal permohonan tahanan di rumah
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur