2024-12-29 HaiPress

(Kiri atas) Sazmi Mamat,(Kiri bawah) Ayim,(Kanan atas) Ishak Salleh,(Kanan tengah) Martina Tarmimi dan (Kanan bawah) Zakaria Othman/ Laporan RTM
KUALA LUMPUR,28 Disember- Penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tiada pelarasan tarif elektrik yang membebankan rakyat disambut baik oleh masyarakat.
Rata-rata responden yang ditemui RTM di ibu negara menyatakan rasa syukur terhadap langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ishak Salleh,seorang peniaga di Pantai Dalam di sini berkata,"Alhamdulillah,kami peniaga di sini menyokong baik keputusan ini."
Sementara itu,Zakaria Othman,Pengerusi Persatuan Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria mengucapkan terima kasih atas kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu.
"Kami mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan komitmen beliau untuk membantu rakyat," katanya.
Dalam pada itu,Martina Tarmimi,seorang pekerja swasta juga menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dengan mengatakan,"Tindakan beliau itu jelas dapat membantu rakyat dalam kesusahan."
Begitu juga dengan Ayim,pekerja kedai makan yang menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri atas keputusan mengekalkan tarif elektrik tanpa kenaikan. "Dengan tiada kenaikan tarif elektrik,ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan ekonomi keluarga saya," ujarnya.
Sazmi Mamat,seorang pesara pula menyifatkan keputusan itu sebagai satu berita baik terutamanya untuk golongan B40 dan M40.
"Kami berharap Kerajaan MADANI dapat mengekalkan kadar (tarif elektrik) yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini," katanya.
Semalam,Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat.
Beliau berkata kenaikan kadar itu tidak seharusnya diletakkan kepada majoriti rakyat sebaliknya kepada golongan maha kaya atau industri yang mencatatkan keuntungan luar biasa.
Perdana Menteri menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hana di Langkawi,Kedah.
BERITA BERKAITAN
'Kerajaan tidak benarkan kenaikan elektrik yang jejaskan rakyat' - PM
Tarif elektrik di Semenanjung masih dalam perincian - Fadillah
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur