2024-12-29 HaiPress

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Batu 8,Jalan Matang,Sarawak awal pagi tadi
PADAWAN,28 Disember- Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terbabas selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah kenderaan di Batu 8,di sini,awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan,Penguasa Polis (SP) Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kejadian yang berlaku sekitar pukul 3.15 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 29 tahun terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Kemalangan maut ini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha dan sebuah Toyota Camry," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Irwan,pemandu kereta terlibat telah melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian.
Sehubungan itu,pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan,Insp Muhammad Azim di talian 011-36172665 atau 082-862233," katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur