2024-12-29 HaiPress

Johari Abdul Ghani/RTM
KUALA LUMPUR,28 Disember- Semua peniaga dan orang tengah yang berurus niaga dengan pekebun kecil kelapa sawit diwajibkan mengeluarkan resit bagi setiap pembelian komoditi tersebut bermula Januari tahun depan.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan lesen peniaga tidak diperbaharui.
"Setiap kali membeli daripada pekebun kecil,pembeli mesti mengeluarkan resit yang mencatatkan jumlah berat,tan,dan kadar pengekstrakan minyak (OER) untuk disimpan pekebun kecil," katanya.
Beliau turut menekankan keperluan untuk memastikan ketepatan timbangan bagi mengelakkan sebarang aduan daripada pekebun kecil mengenai ketidakadilan.
"Kita mahu pastikan timbangan dibuat dengan telus supaya tiada isu penipuan timbul," tambahnya.
Johari menyampaikan kenyataan itu ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) di sini hari ini.
Dalam pada itu Malaysia juga perlu meningkatkan pengeluaran kelapa sawit bagi memperkukuhkan daya saing dalam pasaran global,selain memastikan kemampanan industri secara berterusan.
Johari berkata harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa.
"Apabila ada bekalan tetapi tiada permintaan,harga akan turun. Namun,jika permintaan melebihi bekalan,harga akan meningkat.
"Justeru,meningkatkan pengeluaran adalah kunci untuk menjadi lebih kompetitif di pasaran global," katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya aspek kemampanan dalam pengeluaran sawit,sejajar dengan keperluan global terhadap produk yang lestari.
"Dunia kini menuntut produk yang sustainable (mampan) dan kita juga perlu mengambil kira isu-isu alam sekitar," jelasnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur