2024-12-29 HaiPress

Foto orang awam / Henna Ooi
JOHOR BAHRU,28 Disember- Lapan termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan dalam nahas dua kenderaan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah treler di Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1,Mersing,Johor.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Pegawai Bomba Kanan II Shamsuri Shafai berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.01 petang tadi.
"Satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan masing-masing sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan pacuan empat roda dengan 13 anggota dari BBP Mersing dihantar ke lokasi.
"PKO tiba di lokasi nahas pada pukul 3.21 petang dan bertindak menyelamatkan kesemua lapan mangsa yang menaiki MPV termasuk pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
"Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,"katanya menerusi kenyataan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur