2024-12-29 HaiPress

Mohd Azamanizam Baharon
KUALA LUMPUR,29 Disember- Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) berhasrat menjadikan tahun 2025 sebagai tahun usahawan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.
Presiden PERDASAMA Mohd Azamanizam Baharon menjelaskan,usaha itu ke arah melahirkan lebih ramai usahawan muda yang mahir dalam selok-belok perniagaan dengan bimbingan ahli-ahli PERDASAMA serta lebih 200 jurulatih perniagaan yang berpengalaman dan berjaya dalam pelbagai sektor.
Setakat tahun ini,PERDASAMA telah berkolaborasi dengan lapan universiti awam bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya menarik.
Ini terutama mewujudkan kombinasi sinergi,kerjasama serta perkongsian antara ahli-ahli PERDASAMA dengan golongan muda yang berkemahiran dalam penggunaan media baharu serta elemen-elemen berkaitan e-Dagang.
"Jadi,insya-Allah 2025 antara agenda besar PERDASAMA ialah kita akan pergi hampir 20 universiti untuk dijadikan sebagai tahun usahawan dan akan bermula dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang melibatkan hampir 5,000 pelajar.
"Ini sasaran PERDASAMA dan menjelang akhir 2026,kita ingin wujudkan data sekurang-kurangnya 500,000 data anak muda dalam kalangan universiti dan kolej bergabung dengan 27,000 PERDASAMA.
"Untuk membina sinergi perkongsian serta rangkaian antara kami yang berusia 20 tahun,10 tahun dalam industri dengan anak muda yang mempunyai kecenderungan yang mungkin teruja untuk memulakan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 PERDASAMA di ibu negara.
Dalam pada itu usahawan bumiputera khususnya anggota PERDASAMA turut diseru keluar daripada kepompong pemikiran sempit bagi menceburi perniagaan secara terbuka dan berdaya saing.
Perkara itu dilihat mampu mengembangkan perniagaan selain memperluas rangkaian perniagaan serta menghasilkan pelbagai produk di pasaran global.
Beliau juga mahu semua anggota PERDASAMA yang kini melebihi 27,000 anggota menunjukkan semangat kental,tidak putus-asa serta sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk berjaya sebagai usahawan.
"Bidang ataupun dunia perniagaan ini bersifat universal. Ia tidak membezakan sama ada kita orang Islam atau orang bukan Islam,orang bumiputera Melayu atau bukan Melayu. Ia bersifat universal.
"Jadi saya bagi contoh banyak syarikat-syarikat yang bukan dikuasai oleh orang Islam atau muslim tetapi dia mengeluarkan produk-produk berbentuk halal serta boleh eksport berbilion-bilion ringgit ke luar dari negara.
"Jadi saya tekankan kepada mereka ini mempunyai pemikiran universal sebab bumiputera sahaja ia tidak akan menjadi kuat," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur