2024-12-29 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,27 Disember- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat,disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif,kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran juga dibantu oleh gangguan bekalan getah asli disebabkan kesan cuaca buruk di Thailand dan Malaysia.
“Namun begitu,kenaikan selanjutnya dihadkan oleh dagangan yang lengang disebabkan cuti akhir tahun,di samping konflik geopolitik yang berterusan di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.
Bank Dunia pada Selasa meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi China,menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 4.9 peratus tahun ini dan 4.5 peratus pada 2025.
Peniaga itu juga berkata pengeluaran getah di Thailand dijangka turun mendadak pada Disember susulan hujan lebat melanda 11 kawasan di wilayah selatan,kawasan perladangan getah utama yang menyumbang 80 peratus atau 4.8 juta tan jumlah pengeluaran getah tahunan negara itu.
Menurut Lembaga Getah Malaysia,harga Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 meningkat 4.5 sen kepada 875.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal turun empat sen kepada 699.5 sen sekilogram.
Pada pukul 5.00 petang,harga SMR 20 ialah 876.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal 696.0 sen sekilogram.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur