2024-12-29 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,28 Disember - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Minggu ini,bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik,repo berbalik semalaman dan dan repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut nilai kepada RM28.00 bilion pada Jumaat daripada RM33.32 bilion pada akhir minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai berkurang kepada RM22.20 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Disember,2024. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur