2024-12-29 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,28 Disember - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan berikutan kekurangan minat yang ketara.
Pasaran akan ditutup bersempena cuti Tahun Baru pada Rabu dan beroperasi semula pada hari berikutnya.
Bagi asas Jumaat hingga Jumaat,kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini lebih tinggi pada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,607.00 setiap auns troy minggu lepas dan kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,620 sebelum ini.
Kontrak Februari 2025,Mac 2025 dan April 2025 turut ditutup lebih tinggi kepada US$2,650.50 setiap auns troy daripada US$2,630.30 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan menyusut lebih separuh,berkurangan kepada 60 lot daripada 144 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 38 kontrak daripada 24 kontrak sebelum ini. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur