2024-12-29 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,28 Disember - Khazanah Nasional Bhd (Khazanah),melalui peruntukan awal RM1 bilion menerusi Dana Impak mengumumkan dua pelaburan strategik untuk memacu pertumbuhan dan inovasi lebih besar dalam sektor teknologi.
Kedua-dua pelaburan itu bertujuan menyokong usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertumpu kepada teknologi IR4.0 seperti penglihatan mesin,kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
Menerusi satu kenyataan Khazanah mengumumkan,pelaburan dalam Cambrian Fund melalui kerjasama dengan Vitrox Corporation Bhd dan Southern Capital Group .
"Dana tersebut menyasar mentransformasikan ekosistem semikonduktor dan pengeluaran maju dalam dan luar negara .
"Membuka peluang pertumbuhan,menggalakkan penyertaan tempatan yang lebih besar dan menyokong usahawan dan PKS yang inovatif untuk berkembang dan bersaing di peringkat serantau," menurut kenyataan itu.
Cambrian Fund telah mencatatkan penutupan pertama sebanyak RM100 juta dengan Khazanah sebagai satu daripada pelabur utama.
Pengarah Urusan Khazanah,Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata,sektor elektrik dan elektronik Malaysia merupakan penggerak utama ekonomi negara,menyumbang 40 peratus kepada eksport negara pada 2023.
Bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor negara,Khazanah mengumumkan pelaburan dalam Syntiant Corp,sebuah syarikat “edge AI” yang berpusat di Irvine,California.
Komitmen Syntiant untuk menubuhkan pusat R&D AI bertaraf dunia di Malaysia merupakan manfaat strategik utama pelaburan Khazanah yang menggariskan komitmen Khazanah untuk membangunkan ekosistem semikonduktor yang maju di Malaysia.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur