2024-12-29 IDOPRESS

Mat Dan (kiri) dan Nabil Ahmad antara selebriti yang dilantik sebagai Rakan Strategik HASiL (RASH) 2.0
PUTRAJAYA,28 Disember- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan telah melantik seramai 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran,pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Jelas LHDN,pempengaruh yang dilantik sebagai Rakan Strategik HASiL (RASH) 2.0 terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang,antaranya keusahawanan,agama,lakonan,perubatan,fesyen dan gaya hidup,kecergasan dan kesihatan serta pengurusan kewangan.
"Pelantikan mereka dilihat sebagai satu perspektif baharu dalam membentuk persepsi baik dalam kalangan masyarakat umum,khasnya para peminat dan pengikut RASH 2.0 melalui kandungan liputan yang positif,khususnya melibatkan LHDN," menurut kenyataan LHDN.
Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin dalam kenyataan sama berkata pelantikan selebriti dan pempengaruh dalam ekosistem percukaian penting untuk membentuk sentimen yang positif,membina kepercayaan dan kredibiliti seterusnya mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.
"Faktor keterlihatan (visibility) dan jangkauan (reach) merupakan aset penting pada pempengaruh yang dilihat mampu menggandakan usaha LHDN menyebar luas kesedaran dan pendidikan cukai kepada masyarakat seterusnya meningkatkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara.
"Semoga kolaborasi strategik ini akan menghasilkan impak jangka panjang serta memberi manfaat yang lebih besar kepada kesejahteraan dan pembangunan negara sekali gus membentuk ekosistem masyarakat yang terangkum dan cakna akan kepentingan cukai demi kelestarian masa hadapan Malaysia tercinta," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur