2024-12-29 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,28 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan pengeluaran dan paras stok yang rendah,kata peniaga minyak sawit David Ng.
MSM dijangka diniagakan antara RM4,580 dan RM4,750 satu tan bagi tempoh itu,katanya kepada Bernama.
Sementara itu,peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka kekal lengang berikutan dagangan minggu yang singkat,dengan kebanyakan peniaga antarabangsa bercuti hujung tahun dan cuti perayaan Krismas.
Beliau berkata niaga hadapan MSM berkemungkinan diniagakan antara RM4,400 dan RM4,500 satu tan.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Januari 2025 meningkat RM213 kepada RM4,975 satu tan,Februari 2025 melonjak RM210 kepada RM4,781 satu tan,dan Mac 2025 menokok RM191 kepada RM4,624 satu tan.
Kontrak April 2025 naik RM156 kepada RM4,459 satu tan,Mei 2025 menokok RM124 kepada RM4,331 satu tan dan Jun 2025 melonjak RM112 kepada RM4,253 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 194,976 lot daripada 582,992 lot minggu sebelum itu,manakala kepentingan terbuka turun kepada 242,999 kontrak pada Jumaat berbanding 244,206 kontrak seminggu sebelum itu.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat sebanyak RM150 kepada RM5,050 satu tan.- BERNAMA
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur