2024-12-30 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,30 Disember- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan pemangkin pada minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum,kata penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit tidak berubah pada 4.4680/4750 berbanding dolar AS,bersamaan dengan sesi penutupan pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tempoh cuti dijangka mengekalkan pasaran mata wang dalam keadaan lembap,dengan sentimen terus tertumpu kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai had hutang.
Beliau berkata Setiausaha Perbendaharaan AS telah memberi amaran bahawa kerajaan mungkin mencapai had pinjamannya pada pertengahan Januari.
“Perkembangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan,selain kenyataan bersifat agresif daripada bakal Presiden AS Donald Trump dan ahli perniagaan Elon Musk baru-baru ini,menunjukkan situasi pada Januari,apabila presiden baharu dilantik pada 20 Januari,dijangka tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.
“Sehubungan itu,ringgit dijangka diniagakan dalam julat tertentu hari ini,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8296/8343 daripada 2.8300/8346 pada Jumaat lepas,bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.6199/6287 daripada 5.5904/5991 dan rendah berbanding euro kepada 4.6601/6674 daripada 4.6489/6574 sebelum ini.
Mata wang tempatan menyaksikan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/2955 daripada 3.2846/2900 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.1196/1583 daripada 13.1023/1289.
Bagaimanapun,ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 275.1/275.7 daripada 275.4/276.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur