2024-12-31 HaiPress
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,28 Disember -Khazanah Nasional Bhd (Khazanah),melalui peruntukan awal RM1 bilion menerusi Dana Impak mengumumkan dua pelaburan strategik untuk memacu pertumbuhan dan inovasi lebih besar dalam sektor teknologi.
Kedua-dua pelaburan itu bertujuan menyokong usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertumpu kepada teknologi IR4.0 seperti penglihatan mesin,kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
Menerusi satu kenyataan Khazanah mengumumkan,pelaburan dalam Cambrian Fund melalui kerjasama dengan Vitrox Corporation Bhd dan Southern Capital Group .
"Dana tersebut menyasar untuk mentransformasikan ekosistem semikonduktor dan pengeluaran maju dalam dan luar negara .
"Membuka peluang pertumbuhan,menggalakkan penyertaan tempatan yang lebih besar dan menyokong usahawan dan PKS yang inovatif untuk berkembang dan bersaing di peringkat serantau," jelasPengarah Urusan Khazanah,Datuk Amirul Feisal Wan Zahir menerusi kenyataan itu.
Cambrian Fund telah mencatatkan penutupan pertama sebanyak RM100 juta dengan Khazanah sebagai satu daripada pelabur utama.
Tambah Amirul Feisal,sektor elektrik dan elektronik Malaysia merupakan penggerak utama ekonomi negara,menyumbang 40 peratus kepada eksport negara pada 2023.
Bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor negara,Khazanah mengumumkan pelaburan dalam Syntiant Corp,sebuah syarikat “edge AI” yang berpusat di Irvine,California.
Komitmen Syntiant untuk menubuhkan pusat R&D AI bertaraf dunia di Malaysia merupakan manfaat strategik utama pelaburan Khazanah yang menggariskan komitmen Khazanah untuk membangunkan ekosistem semikonduktor yang maju di Malaysia.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur