2024-12-31 HaiPress

Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan sistem tenaga solar pada tahun 2025 / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,30 Disember – Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan sistem tenaga solar pada tahun 2025.
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd,perkembangan itu akan merangsang nilai perolehan kontrak bagi pemain kejuruteraan solar,perolehan,pembinaan,dan pentauliahan (EPCC) dalam sektor berkenaan.
Dalam nota penyelidikannya,Kenanga memaklumkan pendorong utama bagi sektor tersebut termasuk kontrak EPCC bernilai RM2.4 bilion menerusi Program Tenaga Hijau Korporat berkapasiti 800 megawatt,serta kontrak EPCC daripada pusingan bidaan Solar Berskala Besar (LSS5) bernilai RM5 bilion.
“Inisiatif-inisiatif ini dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan sektor solar sehingga 2028,disokong oleh penurunan harga panel solar yang akan meningkatkan pelaburan dalam sistem tenaga solar,” jelas laporan tersebut.
Bank pelaburan itu turut mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor tenaga boleh baharu,yang didorong pelaksanaan inisiatif kerajaan serta tambahan peruntukan kuota solar.
Langkah itu seiring usaha Malaysia untuk memperkukuhkan agenda tenaga mampan di tengah-tengah peningkatan permintaan terhadap tenaga hijau di peringkat global.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur