2025-01-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,3 Januari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM21.18 bilion dalam sistem konvensional manakala RM32.01 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik iaitu bernilai RM2.2 bilion bagi tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.5 bilion bagi 90 hari.
BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk tiga hari.
Selain itu,bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan,dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM28.4 bilion dan tender semalaman Murabahah RM32.5 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur