2025-01-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,3 Januari- Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat,meneruskan aliran menurun berikutan tekanan daripada permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.
Pada pukul 8 pagi,ringgit susut kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 semasa ditutup pada Khamis.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata dolar AS semakin memperoleh momentum ketika bermulanya tahun baharu,didorong oleh pelabur yang bersedia terhadap kemungkinan tarif oleh Presiden dipilih AS,Donald Trump,yang boleh melemahkan semua mata wang pertukaran asing (FX) Asia pada peringkat awal.
Beliau berkata daya tahan ekonomi AS menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengekalkan kadar faedah pada Januari.
“Jangkaan ini menambahkan lagi kebimbangan mata wang serantau apabila peserta pasaran bersedia untuk kesan yang lebih luas daripada keputusan dasar perdagangan dan kewangan AS terhadap dinamik mata wang global,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8498/8565 daripada 2.8546/8580 ketika ditutup pada Khamis,dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.5520/5644 daripada 5.5869/5932.
Ringgit juga naik berbanding euro kepada 4.6047/6150 daripada 4.6336/6387 semasa ditutup semalam.
Sementara itu,mata wang domestik diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2744/2822 daripada 3.2859/2898 ketika ditutup pada Khamis,dan sedikit rendah berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.74 daripada 7.73/7.75.
Ringgit juga susut berbanding baht Thailand kepada 13.0640/0756 daripada 13.0530/0744,dan kurang stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 276.8/277.6 daripada 276.2/276.7 sebelum ini.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur