2025-01-03 HaiPress

Foto kecil: Pensyarah Kanan Putra Business School UPM,Dr. Ida Md Yasin
KUALA LUMPUR,2 Januari- Pengelasan isi rumah B40,M40,dan T20 wajar dinilai semula berdasarkan pendapatan bersih,bagi menunjukkan kemampuan kewangan sebenar setiap keluarga.
Pensyarah Kanan Putra Business School UPM,Dr. Ida Md Yasin berkata pengelasan semula isi rumah itu perlu mengambil kira bilangan tanggungan,pendidikan anak dan kos sara hidup semasa.
Tambahnya,ia juga perlu dilakukan secara lebih terperinci bagi meningkatkan ketepatan bantuan.
"Contohnya,jika sesebuah keluarga itu pendapatannya RM4,000 sebulan dan mempunyai anak seorang,mungkin kehidupan itu tidak perlu bantuan sangat.
Tetapi,jika mereka mempunyai gaji yang sama dan anaknya tengah bersekolah,memang mempunyai perbelanjaan yang banyak. Ini terutama bila persekolahan itu di peringkat tadika dan ke atas. Banyak tanggungan perbelanjaanya," kata Dr. Ida kepada pemberita,hari ini.
Tambahnya,inisiatif kerajaan seperti Kalkulator Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar (PAKW) dan sistem PADU adalah langkah tepat untuk menilai kelayakan bantuan setiap kumpulan isi rumah.
Usaha kerajaan itu dapat membantu bantuan disalurkan dengan lebih bersasar selain memudahkan keputusan kerajaan membuat dasar yang lebih adil.
Sebelum ini,Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati pengelasan isi rumah kepada B40,M40 dan T20 tidak mencerminkan realiti sebenar stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur