2025-01-03 HaiPress

Foto FB Menteri
KUALA LUMPUR,2 Januari- Projek pembangunan Kampung Sungai Baru dijangka dapat dilaksana pada suku pertama tahun 2026.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa berharap agar projek pembangunan semula kawasan itu yang tertangguh sekian lama berjalan dengan baik.
Ini bagi memenuhi hak dan juga keperluan majoriti penduduk di kawasan tersebut.
Jelasnya,pembangunan di Kampung Sungai Baru akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di Kampung Baru secara khususnya dan Kuala Lumpur amnya.
Insya-Allah,dalam pembangunan Sungai Baru. Sudah lihat secara keseluruhan dan harapnya tiada halangan bagi tujuan pembangunan tersebut.
Kita jangka suku pertama tahun depan dapat bangunkan Sungai Baru,dengan apa dirancang dan memastikan semua kumpulan penduduk,sama ada yang beri persetujuan atau tidak akan mendapat hak mereka masing-masing," kata Dr. Zaliha kepada pemberita,malam tadi.
Beliau ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yaasin sempena sambutan 125 tahun Kampong Bharu.
Tegasnya,setiap projek pembangunan pada masa hadapan juga perlu mengambil kira sejarah dan status tanah di kawasan itu bagi memastikan Kampung Baru kekal menjadi kampung Melayu.
Hadir sama,Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur