2025-01-03 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,2 Januari- Status Kampung Baru sebagai hak orang Melayu akan terus dipertahan sejak dianugerah Sultan Selangor Ke-5,125 tahun dahulu.
Ahli Parlimen Titiwangsa,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pihaknya komited memastikan kawasan tersebut tetap kekal menjadi kampung Melayu.
Tegasnya,sebarang pembangunan di lokasi warisan itu adalah digalakkan,namun perlu mengambil kira sejarah tanah berkenaan.
"Saya sentiasa tekankan kepada semua penduduk Kampung Baru,kita hendak pastikan tanah ini kekal di atas tangan orang Melayu serta mana-mana pembangunan di kawasan ini memang kita galakkan tetapi dengan syarat pemaju perlu ambil kira sejarah tanah ini,"
Terdahulu,lebih 1,000 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sempena Sambutan 125 Tahun Kampung Baru.
Hadir sama,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr Zaliha Mustafa.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur