2025-01-03 HaiPress

Tular satu video memaparkan tiga individu termasuk warga asing sebar risalah agama Kristian secara terbuka di pasar raya baru-baru ini
KUALA LUMPUR,3 Januari - Semua pihak perlu menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan dalam memelihara keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar,sebarang perbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan perlu dihentikan kerana boleh menimbulkan keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam.
Ini susulan tularnya sebuah video pendek tiga individu didakwa menyebarkan agama Kristian secara terbuka di sebuah pasar raya baru-baru ini.
"Orang ramai diminta untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak polis dalam membuat siasatan terperinci secara menyeluruh.
"Sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang,mereka perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya menerusi kenyataan pada malam Khamis.
Terdahulu,tular satu video berdurasi 54 saat memaparkan tiga individu termasuk dua warga asing berkulit putih sedang menyebarkan risalah kepada orang ramai di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.
Polis mengesahkan menerima laporan pada Isnin lalu dan mengesan tiga individu terbabit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju,Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur